Gambaran Hari Kiamat

Dari judulnya udah kebayang ama kalian ??
Ane dapet dari FB.
Baca Ampe Abis Ya :D !!






# Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) 
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa 
malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang 
tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
# Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya 
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia 
sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa 
lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai 
Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
# Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup 
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi 
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak 
berbukit atau bulat seperti bumi. 
# Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” 
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama 
anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
# Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. 
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan 
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
# Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang 
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. 
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), 
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi 
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan 
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
# Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan 
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah 
huru-hara yang amat dahsyat. 
# Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah 
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut 
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
# Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. 
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala 
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik 
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai 
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh 
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka 
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan 
sehingga 1000 tahun. 
# Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar 
yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin 
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. 
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk 
segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum 
dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari 
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
# Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
- Pemimpin yang adil. 
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata 
“Aku takut pada Allah”. 
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya 
karena takutkan Allah. 
# Oleh karena tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua 
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian 
mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka 
pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa 
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s 
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka 
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., 
Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi 
Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa 
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
# Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu 
diperkenankan doa baginda. 
# Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga 
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. 
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat 
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil 
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 
# ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung 
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang 
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana 
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di 
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat 
kuat. 
# Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 
orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama 
cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana 
yang terletak dihadapan istana. 
# Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan 
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing 
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan 
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini 
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 
# Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. 
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap 
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
# Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan 
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang 
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
# Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan 
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan 
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan 
mukmin. 
# Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca 
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai 
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang 
gelap untuk menimbang dosa. 
# Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab 
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
# Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka 
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan 
ditimbang. 
# Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki 
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili 
oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 
# Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai 
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara 
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi 
titian sirat. 
# Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan 
mempercepatkan hisab. 
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 
# Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan 
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 
70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang 
lain. 
# Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga 
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang 
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai 
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang 
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
# Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada 
makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang 
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api 
neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
# Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang 
lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya 
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 
# Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini 
kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? 
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila 
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya 
bersama : 
- Sedekah/amal jariahnya. 
- Doa anak²nya yang soleh. 
- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


Semoga ini menjadi bahan renungan agar kita semakin takut sama Allah S.W.T ..

0 komentar:

Posting Komentar

Komentar anda sangat berguna untuk blog ini !! (^-^)

 

Ez Cendol's © 2011 Design by Best Blogger Templates | Sponsored by HD Wallpapers